Kelas ICT dan Multimedia Cuti Sekolah
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniCuti sekolah pertengahan tahun kali ini, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Kelas ICT dan Multimedia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Kelas tersebut diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu bermula 9 hingga 10 Ogos dan 16 hingga 17 Ogos 2019. Seperti biasa kelas ICT menekankan penggunaan perisian Microsoft Word kepada pelajar untuk mempelajari cara menggunakannya dengan cara yang betul. Perisian ini amat penting untuk dipelajari bagi menyiapkan tugasan kerja sekolah atau kerja kursus yang diberikan oleh guru-guru mereka disekolah. Bermula dengan pengenalan asas mengenali perantian komputer dan kegunaannya sehinggalah kepada mengakses bahan di internet.
Selain itu, kelas multimedia yang turut diadakan menggunakan perisian Powtoon dan Movie Maker. Para pelajar dapat mempelajari cara membuat video animasi dengan menggunakan Powtoon dengan hanya menggunakan akaun email sendiri. Aktiviti seperti ini menarik minat para pelajar untuk meneroka dan mencetuskan idea mereka untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan animasi masing-masing. Manakala Movie Maker pula, para pelajar dapat mempelajari cara untuk membuat video pendek dengan menggunakan gambar mahupun hasil rakaman yang diambil.
Di samping itu, bersempena Bulan Kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini, para pelajar turut menyertai Kuiz Kahoot Merdeka. Tidak ketinggalan juga, para pelajar turut diberikan penerangan tentang ‘Online Safety’, Klik Dengan Bijak (KDB) dan permainan Interland Google Internet Awesome.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: